You have 2 keep an eye of pleasure..make sure u are enjoying them rather than them controlling u

You have 2 keep an eye of pleasure..make sure u are enjoying them rather than them controlling u

Pages

Wednesday, May 26, 2010

* M Y F A M I L Y *







Salam... .
Today.. tak de keja ngat kat opis...
so aku updated la blog aku y x seberapa neh.(ye r law nk compare ngan others)
 dA xTaw nk ckp pe kan..uhuhuhuuu.

Btw.. got an idea pas tepandang  pitcha on my table... eh eh eh...
Jom2.. meh nak story kit bout my BIG family....


ni my dad time dia blaja kat University Of Leeds, United Kingdom 1992 - 1997
tengs sbb asuh kami..didik kami.. serta membuat kami bangga denganmu.. love u dad!!




ni lak my mum... heheheeeee.. dia kekadangg cam operator tpom pom ade.. ngalahkan remaja..
er er.. anak pom ramai kan.. 2 x semua ag dok jauh.. law semua.. x menang tangan lah jawabnya.. heheheee
ma aku adlh org y plng rapat ngan aku .. kiranya law aku tipu sket sure tekantoi.. kiranya cam part of myself laa...kiranya aku share everything ngan dia..  x sgka lak..pas aku mengalami sumthing 2.. aku ag rapat ngan my mum... tengs ma.. love u.. tengs sbb owaz ada ngan anum!!!


My siblingssss

The Oldest.... Long + kak No = Nur Ain Najihah + Nur Liyanna Zahraa



Ni time raya 2008 .. time neh zaraa xda ag..
Long skang mengajar at Pontian, Johor.. kak no lak  nurse kat Hospital Pontian
windu jhah n si debab zarraa... law ri raya n cuti skolah j dpt ciom2 diowang... ngeeee


Ni lak org kedua yang agak tua lam adik beradik kami...

Nur Zairin + Wan Mohd Syukri = Wan Muhammad Ziyad!!
 My sis, Kak Ein pon ngajar gak... kat Pasir Gudang, Johor.. asbend ye lak lecturer kat IKM Pasir Mas... so diorang berjaohan laaa... huhuhuhu....
y techik 2 ziyadd botak.. ngeeee :p


Ni lah manusia paling "bekem" lam family kami.. ahhahahaaaa


Nor Haslin + Mohd Haznil...


My Second Bro


The Noty Geng in Our Familia....


 y Botak 2 aku.. ahahaaa y senyum kambing.. kak ein then ore bekem kak lin.. da noty boy in our siblings ngoh n long...

Bersambungggggg..............


Saturday, May 22, 2010

Projek K.I.T.A

Yezaaa.... andre2.. akakaaaa...
Sempena meraikan member2 tersayang alek ke kg.. aku da plan trip ke jeram linang... malangnya.. planning asal kita bertukar setelah menyesatkan diri pai ke Setiu.. seb bek tak ke KL treus.. ngeeeeee.. wink wink..

Plan dimulakan dengan mesyuarat JKKK kampong yang didadakan di banglo milik abe noor ( tok ngulu) kg manggis sebatang... ngeh2..sepanjang mesyuarat diadakan kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menarik seperti anggur, apple, buah oren dan pelbagai makanan yang lazat.. sehinggan agenda mesyuarat tak dapat dibentangkan dek kerana kelazatan makanan tersebot.. ahahaaaaaaaa
Ni lah gmbr ank abe noor@ tok ngulu yang ag izin kami picnic

Then.. mesyuarat memutuskan bahawa projek kami berjalan pada keesokan hari.. dengan semangat keterujaan yang tinggi serta ketiadaan izinan dari tok ngulu kita.. kami teruskan jua.. mlm berganti siang.. kami gagahkan diri bangun pada waktu pagi( aku biasalah.. tp tok student cam dak2 skolah 2.. amatlah liat tok mereka bangun pada pagi hari kecuali tok solat subuh saja.. ngeee)..

Kemudiaan. dengan lafaz bismillah.. aku ke rumah saudari nurul farahana terlebih dahulu.. setibanya di sana.. kelihatan beliau begitu tekun mengoreng bihun y lazat...lalu aku turut menyertainya mengoreng keropok y dibeli di kedai wengg!!

Sementelah menanti persiapan saudari nurul farhana.. aku menelefon cik syakira.. lalu ke rumahnya.. kelihatan di jari jemari nya sebungkus plastik y mengandungi mee goreng y laat hasil air tangan cik fatimah isteri penghulu kg manggis sebatang td...

Setelah cik syakira dan saudari nurul farhana selamat berada dalam BMW ku... aku meluru dengan rakusnya ke rumah PUAN MAZWATI.. aku begitu terkejut apabila melihat bayang2 puan mazwati dicelah2 "mek" beliau.. WAH!!! kelihatan beliau tidak menyiramkan badanya dengan air perigi buatan manusia lagi.. kami kecewa.. kerana terpaksa menanti beliau menyiapkan diri beliau... dek kerana bersalah atas muka seposen y telah kami sepakat mimikan.. beliau  dengan yakin dan betolnya membuat keputusan untuk tidak mandi...

Sementara menunggu puan mazwati.. aku menerima mesej dr saudari aan omar.. mengatakan beliau tidak dapat mengikot serta kami dek kerana hujan.. aku bajet nor aan omar mangalami masalah teknikal..kerana menyangkakan BMW ku tidak mempunyai bumbung.. sampai hati ko aan.... (ko?)

Sebagai galas ganti.. miz deeb( atau kob-namo di kg) mengantikan tempat nor aan omar... 

Kami meneruskan perjalanan dengan pelbagai aksi2 n gelagat y memecahkan urat2 dalam saraf tunjangku ini... aku tak mampu menahan gelak apabila bila kami sedari yang kami telah melanjurkan BMWku hingga ke Setiu...

Walhal saat itu.. meter minyak BMWku tepat menunjuk kepada huruf E... kami gabra lalu mempersoalkan dimana lokasi stesen minyak didalam felda yang begitu asing buat kami...

Nasib menyebelahi kami apabila kami menemui stesen minyak lalu BMWku mnyedut minyak dengan rakusnya hingga meter pada tangki minyak menujukkan huruf F...

Dengan semangta yang kental.. kami menruskan perjalanan.. dan akhirnya.... 
kami selamat sampai...



menda pertama yang kami lakukan

setelah penat berbbq lam ujan... sesi mencekikk


mandi manda time

 hantoo air y tiba2 kuar cari mangsa!! ahahaaaaaa

K.A.M.I VERSI POYO


 
k.a.m.i versi gedik kecuali mc tie

 hamekk.. ponat sudaaa ank tok ngulu neh... ngeeeeee

pitcha menceritakan segala keseronokann kami.... next tripp??? medan lu...


 

Saturday, May 15, 2010

Ya Allah... Besarnya Kasih Syg Kekasihmu.....

Buat Renungan Semua








Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.







Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W







Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…







Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..







Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.







Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.







Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah



di universiti ini.







Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.







Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah



sepanjang hari.







Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu



perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.







Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit



yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”







Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin



Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.







Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh



kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”







Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!







Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).



Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp



diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”







Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.







Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.







Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..







Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.







Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti



akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.







Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku



tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”







Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang



daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.







Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:







“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.







Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”







Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.



Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;



“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”







Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.







Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di



situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”







Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan



betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”







Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.



Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.



Mencintainya suatu kemuliaan…







Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”







Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)







p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!



(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)







sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…



banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)







Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Tuesday, May 11, 2010

Ingat Waktu Lapang Sebelom Waktu Sempit

Hah!!btol la 2..
skang aku da tersepit d antara waktu sempit  ngan diri sndiri..
2 ah waktu ada maen banyak...
habehh la...

Btw.. Epi mothers day kat my mum.. also for myself..
Ma... ma sgala2nya bagi anum...
tengs sbb phm anum..
byk sgt pgorbanan ma..
i love u mum...

next week odit dtg. but aku seh xdapat siapkan keje ag..
tp emosi aku da stabil.. law nk compare 10.05.2010..
ishh bengang tol la ngan dak 2.. asat la...
xhabeh2 nyusahkan idop aku sejak 2 tahun y lalu...

tp xpe..doa org teraniaya dimakbulkan Allah..
aku x doakan keburukan dia..
aku doakan semoga allah ampunkan dosa2 dia..
baek sesama manusia.. atau dosa2 dia kat penciptaNya...

Ape y best.. selera makan aku makin baek...pai kol 12.30 mlm pon mulot still mngunyah..
makan nasi.. then susu.. then roti..
arap2 berat aku bertambah..
mmg da naek 2kg.. dr 39.. up to 42.3 kg..
Cemerlang ar 2.. in 2 weeks.. up 2 kg..

Novel? ah.. da habeskan novel Tahajud Cinta Nisa..
Ya Alah... novel ni mmg btol2 insafkan aku..
baru napak cabang idop sebenar cmna...
law allah mengkehendakai sesuatu terjadi..
maka terjadilah ia..
allah 2 maha kuasa..
novel 2 gak la meningatkn aku tntng dosa n taubat...
astagfirullahalazimm...

Arap pas oditing neh.
. leh ah aku release tension with nafisa umaira.
. tggu ye eya..
x sabar doh ase....
kikikikiki..
.moga semuanya berjalan ngan lancar....
aminn

nway.. tenngss kat lailatul azilah y manyak teman anum lately..love u dear..
ingt.. azie pon kena kuat taw..
anum yakin..
azie mampu tempuhi smeua dugaan..
allah ada.. tawakal kat dia..
anum sentiasa doakan kebahagiaan kawan semua!!!



proses kejadian saya... ngeeeee


Wednesday, May 5, 2010

Istimewa

5.35 pm..
patotnye time neh aku da melepak kat sofa umah.. but till now... i still on my chair at opis..nyampah nye aku bila tepaksa lobihkn masa harian ku kat opis.. siyes..otak aku da penat.. p tggjwb pada negara (ececceee mcm pak polisi lak) tpkasa ar aku kat sini..
wat pe?
hummm.. siapkan baucer belian sptmna tuntutan oditing t.. ye r.. nk continue dr y blom neh susa.. mana nk aku taw ne ye cmpak recording semua 2.. so..aku kena la find it.. but now. baru finish y 2009.. ada 1 years ag..
arghhhh tirednye...
cam give up lak aku neh...
mls je nk go ahead.. rindukan waktu stdy..siyes!!
sape kata org atasan je bz?ahahahaa..org bawahan xceli y plg bezi..
ag2 y tgah nangungg keja cam kak nah 2.. da ijau da bijik mata ye..
ponat ekau...
humm.. & 1 ag..aku plg x suka org cerewet .. bkn nk kutuk.. taw la kdg2 aku careless gk kan.. tp jgn lah terlalu straight...berperikemanusiaan lah sama..
haiyaaaa..udaa 05.40 pm..
da lewat menunaikan tggjwab kat pencipta...
astagfirullAllahalazim..lagha ag...

Tuesday, May 4, 2010

Kagum..

03.45 pm..
Pewot y kekenyangan... xleh go on ngan my jobs ag.. sbb ase boring y malampau... agagagagaaa(suka gelak gini.. sopan sket!!)
kagum??
aah.. saya kagum dgn seseorang.. seseorang y sy kenal pd jun 2009.. biarlah ia mnjadi rahsia..
tiada atas dasar cinta,sayang,atau kasih...
tp sy selesa bila bercerita everything ngan beliau...
Beliau sgt berbudi.. ngan org lebih muda.. @ y da mngkat dewasa...
walhal.. usianya boleh dikategorikan lam alam remaja...
saya juga kagum dengan keperibadian beliau..keluhuran beliau bila berkata2 dan kemesraan beliau bila berjenaka..
bukan dgn saya.. tp dgn teman2 y laen..
setiap patah bicara.. amat sopan..
saya juga kagum kepada beliau.. atas ketinggian ilmu agama y dimiliki... tidak sekadar memiliki ilmu.. malah dikongsi.. bersama sy juga teman y laen..
mungkin sy mengagumi beliau.. atas butir nasihat y dihulurkan beliau waktu sy dlm kesedihan.. n kelukaan...
ayat y disusun.. memotivasikan diri saya.. dismping ilmu agama y diselit dlm tiap bait nasihat y diberikan.. tengs ... saya menghargai...
anda terlalu sempurna.. walopn sy tidak mengenali anda sebaek mungkin.. namun sy mengkagumi anda...mybe anda ada keburukan @ kelemahan..
tegurlah sy andai sy naif,khilaf..
pujuklah sy andai sy lalai..
bantulah sy andai sy lemah...

terima kasih sbb sy dapat mengenali anda dlm berjuta y anda kenali...
sy bertuah kernah mengenali anda.. dan akn bertuah andai dikenali anda....

ntah pe y aku melalot... y aku taw.. aku mmg kagum dgn beliau..
sapa beliau? beliau adalah slah sorang dr org y sy kagum dlm jabatan perdana menteri... dlm satu suruhanjaya....

ngeeeeeeeeeeee(napak gg)


hanzryanazmea

Monday, May 3, 2010

Induksi Kursus Punya Story


Kowang mmg BEST sgt2.....
14.03.2010..
Time First smpai..lam otak,akal,pkran aku nk pat2 beskn 9 ari kan sini n pat alek ke uma..xtaw nape.. uncomfortable..siyes.aku x selesa ngan suasana y baru..then..bila mlm 2..kita di agihkan kumpulan kan.. time 2 semua kerek.. xmo tego each others.. tensionnyeee

After 2..kita uat sesi LDK ngan our 'ayahnda' (ahahahaha) yg sgt best kan.. n kita diagihkan ngan plbagai group.. dr mata sepet,idung mancung,kulit cerah, tembam n so on... heheheee...


                                                         En.Mazri.. anda terlalu best,... !!!

Then.. sesi boring stat..ahaha.. ngan poco2,senam,ke pantai, snap2 pitcha, gelak2 gado2.. mcm2 kan..  but tok our group.. kita da "ketua'" yg agak best.. berbakat la lam manage2 kite neh.. congrats joe.. guds jobs...

Kat sana gak kita da sukaneka... heheheee.. y neh paling aku suka.. mybe sbb aku neh jenis activate.. semua acara aku nk join..(da korang xmo) ahahahaa..  paling xleh lupa..kowboi nye lah.. tekedek2 msng2... wlapon kita xdpt winner (sbb team kita kecil) tp kita enjoy kan



n paling aku xleh lupa.. MLM MESRA... kita semua melakukannya dengan baek skali.. tengs la kat penulis skrip.. pelakon utama.. n kak dayah sbb pandai men sora.. hehehee....rindukan korang....


neh bbrpa pitcha y aku lob2 sgt..



Each pitcha ve their own story kan...
Ise, tengs a lot.. anda byk menasihati sy, mndgar sy, juga memahami sy
Wan, kamu menceriakan saya.. cinta kontrak kan ahahhaaaa
jai,tetap betahan.. aku owaz dengar lagu 2.. tengs sbb dedicate kat aku.. i will miss you all..
n geng karok mlm gila2 remaja.. korang menceriakan idop sy.. bila sy rindu.. sy tgk lek video2 tu.. kdg kala sy gelak, ada kala sy nanges.. nanges ingt pe y sy alami mlm 2.. heheheee
n geng siri 2.. persahabatan antara kita akn tersemat di hati sy.. sy jatoh syg pada kamu semua.. semoga kita akn berjumpa lagi...
adiosssss!!

hanzryanazmea

InsyaAllah akan selesai

Salam.. Adoiyaiii.. dugaan kerja cam ni la..penat sgt bila buat. ag2 bila pihak pengurusan alert pas dpt surat peringatan...

Alkisahnye about my jobs la... ada la smting yg tepaksa dibuat oleh aku walopn jobs 2 bkn aku y patot uat.. n bila aku x uat coz aku pk aku x patot buat.. kecoh2 lak nk sound.. (ye la pilih kasih nye pasal) 

Bknya aku xda sifat kemanusiaan bila tgk org 2 pregnant kan.. but.. da jobs dia.. i also ve a lot of work 2 do.. stkat bantu.. InsyaAllah aku try stakat y mampu.. but law 100% aku y uat..itu melampau..tp Alhamdulillah..
ngan tugasan neh la..aku need to face ngan plbagai jenis golongan.. dr pihak atasan pai bawahan.. baru lar taw bakat semulajadi neh... ahahhaaaaaa

Akhirnya.. menda ni akn selesai n mybe selesai lam beberapa jam ag.. tggu respon dari pihak JPPH je..Alhamdulilllah.. hope xda pe poblem ag.. My timbalan pon da sasau jadinya mikirkn poblem neh.. y patot buat keja  melenggangg je ko eh..

Beware la 3 years akn dtg.pas kontrak neh habes.. ko wat r sdri.. xda hingin nye aku nolong... jahatnye.. eheheheee...
Dear Farid n Fahmi.. nah!!Stor kita masih bersama kita ahahahaaaa

Aku?

Salam ukhwah ya sadiqan wa sadiqati..

Pas aku delete semua post2 b4 neh.. aku tergerak hati tok berblog again.. ntah la nape.. maybe ni cara aku lepaskan
isi hati kot..

First aku nk gtaw satu keajaiban pada aku pada 26.04.2010.. date y paling bermakna lam idop aku...
someones y amat bermkna lam idop aku.. bukan lelaki juga bkn wanita...
seseorang y mengubah segalanya.. tengs my beb.. i love u more than myself..

Cuti ujg minggu y lalu.. xda pe y best nk dilakukn.. actual.. my mam da cdgkn ke waterfall.. tp kami lak y bgun lwt hehehe. sowii mam.. x meriah law cucu2 mam y len xda.... so.. spent time ngan borak2, gelak2..makan2..

ri sabtu lak.. aku kuar ngan my beb, acu n cik teh.. g mam mc d. saje mengabeskan duit y betimbun kat bank.. agaggaaa... ujg bln pokaii..

aku lak mngabeskan novelia ku.. hehehe.. best gak.. syabas kat noveliz 2..
then tgk af.. shahir tekelua kot..aku tetap support ye.. (sewel!!)

g opis...hemm tekejut ngan pe y aku dpt taw dr miz deeb.. actual..aku sdkit sedih.. tp lantak lah.. ada aku kesah pe die uat..jnj die epi n x kaco aku sudaa..

n 1 more things.. aku apprcte kat smbdy.. i kol him sanim.. 1 years ago.. dia ada ngan aku setiap sudut aku.. setiap poblem aku.. aku hargai sgt.. n smpai skrang dia tetap ada tok aku..walo pe y aku wat.. sungguh di sudut hati aku.. aku nak syg dia.. nk slalu hargai pe y uat.. tp ati neh still terkunci rapat.. sbr lah duhai hati..anum mohon maaf... berjuta kemaafan...harap sanim akan temui wanita y baek tok sanim.. wanita y mampu sayangi sanim sptmana sanim syngi dia... wanita y mampu menjaga sanim, hati sanim.. khdopan sanim.. all the best 4 u..

n for someones..
biarlah kisah kita abadi pada april ini... april y bnyk membawa kenagan kat saya..
april juga byk menguji saya.. sakit hati ni, terguris hati ini, kecewa hati ini.. dan noktah cinta ini.. semuanya terkubur sudaa..Alhamdulillah andai ini jalan yang terbaek..
bisik saya dlm doa sy.. sy redha ats sgala y ditetapkan..
sy mohon.. jgn slhkn sy,juga jgn slhkn diri sndri.. ini takdir cinta kita..
percayalah.. awk akn temui kebahagiaan awk... sy bahagia bila awk bahagia..

dan aku.. di sini... aku tenang di sini.. aku bahagia di sini..juga aku redha di sini..
Alhamdulillah.. Dia bersamaku.. Alhamdulillah..


hanzryanzmea